Home » Citra Yadim » Program Khidmat Bakti SARĀ  Kuala Langat

Program Khidmat Bakti SARĀ  Kuala Langat

SIJANGKANG – Pasukan Sukarelawan Ar Rahmah (SAR) Kuala Langat meneruskan program berbentuk khidmat sosial mereka apabila terbaharu mengadakan dua program sempena Hari Kebangsaan.

Program Khidmat Bakti Ziarah Kasih dan Sumbangan ini bertujuan menyantuni golongan kurang bernasib baik di sekitar daerah Kuala Langat.

Seawal jam 8 pagi pada 31 Ogos lalu, ahli ahli SAR Kuala Langat, di ketuai oleh En.Hasmawi Mahidin berkumpul di kediaman salah seorang ahlinya di sini sebelum bergerak ke Pusat Dialisis Sijangkang bagi tujuan menyantuni pesakitnya.

Seramai 6 pesakit menerima sumbangan berbentuk makanan,lain lain barangan keperluan dan sedikit wang tunai.

Ahli ahli SAR Kuala Langat turut beramah mesra dengan pesakit pesakit yang sedang menjalani rawatan.

Selesai acara di pusat dialisis berkenaan, mereka kemudiannya bergerak ke Pertubuhan Rumah Anak Yatim Kuala Langat di Kampung Sungai Buaya bagi program di sana pula.

Selain beramah mesra dengan anak anak yatim di rumah ini, SAR Kuala Langat turut menyampaikan sumbangan keperluan barangan dapur untuk mereka dan juga wang tunai kepada anak anak yatim.

Difahamkan SAR Kuala Langat sudah pun merancang beberapa lagi program khidmat baktinya untuk akan datang. Ini secara tidak langsung membuktikan kehadirannya yang sentiasa prihatin dengan situasi masyarakat, sekaligus menyebar pendekatan rahmah oleh YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *