Home » YADIM MADANI » Program MADANI Kita Terima Sambutan Luar Biasa

Program MADANI Kita Terima Sambutan Luar Biasa

AMPANG – Berlangsung penuh meriah, Program MADANI Kita (PMK) Bersama Komuniti Bukit Belacan pada 1 Ogos menerima sambutan luar biasa apabila dibanjiri pengunjung dari Ampang dan kawasan sekitarnya.

Seawal 8 pagi, Dewan Dato’ Ahmad Razali, Lembah Jaya, Ampang, dikunjungi penduduk yang tidak mahu melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti, pameran dan perkhidmatan kepada komuniti yang disediakan.

PMK Bersama Komuniti Bukit Belacan yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, diselaraskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama agensi-agensi Hal Ehwal Agama dan rakan kerjasama daripada pelbagai kementerian dan jabatan lain.

Antara yang terlibat sama ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, RELA, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Pertahanan Awam dan banyak lagi.

Kesemua mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan seperti penukaran minyak hitam, khidmat menggunting rambut, Jualan Rahmah, penukaran topi keledar, permainan dalam talian, agihan biji benih dan anak pokok, pendaftaran pengenalan digital, demonstrasi memasak perkhidmatan bergerak Tabung Haji, cabutan bertuah dan lain-lain lagi.

YADIM Negeri Selangor turut tidak ketinggalan dengan mengendalikan Forum ‘Tamparan Wanita’ yang menampilkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Wanita), Yang Berhormat Senator Puan Marhamah Rosli selaku ahli panel bersama artis terkenal tanah air, Puan Diana Rafar dan hos selebriti TV Al Hijrah, Puan Farah Diana.

YADIM Negeri Selangor juga terlibat menjayakan acara Sukan Rakyat bersama Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di PMK ini.

Bahagian Pelaburan dan Penajaan YADIM turut membuka reruai pameran dan kaunter infaq bagi memupuk semangat berinfaq dalam kalangan masyarakat. Reruai ini telah menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, Yang Berhormat Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, yang juga lebih dikenali sebagai Altimet.

Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom telah turun padang bersama Pengarah Kanan Bahagian Pentadbiran YADIM, Encik Megat Mohd Azlan Md Arshad, Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof, Penolong Pengarahnya, Ustaz Muhamad Hafizuddin Mohd Daud dan Ustazah Nurul Syuhada Mohd Kamil.

Program PMK ini merupakan platform komunikasi strategik yang berperanan memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui penyampaian maklumat yang lebih dekat dan berkesan. Lebih banyak PMK telah diatur untuk berlangsung di seluruh negara selepas ini.

Artikel Berkaitan

YADIM dan UNIQSAAS Jayakan Karnival Dakwah

KUANTAN – YADIM bersama Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIQSAAS), telah menjayakan Karnival Dakwah 2.0 yang berlangsung

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *