Home » Citra Yadim » Program Merdekakan Dirimu: Hentikan Keganasan Rumah Tangga untuk wanita Tumpat

Program Merdekakan Dirimu: Hentikan Keganasan Rumah Tangga untuk wanita Tumpat

TUMPAT – Sempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menganjurkan sebuah program khusus untuk kesedaran wanita tentang keganasan.

Program bertajuk Merdekakan Dirimu: Hentikan Keganasan Rumah Tangga diadakan dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) dan Pertubuhan
Cakna Rakyat Tumpat Kelantan pada 31 Ogos.

Seramai 150 peserta dari masyarakat setempat menyertai program yang diadakan di Sinaran Resort, Kampung Baru, di sini.

Ia menampilkan tiga penceramah dalam sesi bual bicaranya iaitu Duta Rahmah, Ustaz Yusri Ibrahim, Peguam Syarie, Che Rosmah Md Zain serta Asisten Supritendan Siti Shaikah Abd Hadi,Pegawai Turus D 11dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Pemangku Pengarah YADIM Kelantan,Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff telah bertindak selaku moderator bagi program ini.

Antara yang disentuh dalam bual bicara ini termasuklah tentang definisi dan tanggungjawab suami dalam mmbina keluarga rahmah, penerangan mengenai Akta Keganasan Rumahtangga 1994 dalam rang undang-undang serta hak hak yang boleh dituntut sebagai isteri jika keganasan berlaku.

Bagi sesi perasmian penutup, ucapan aluan disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan
Cakna Rakyat Tumpat, Mazalina Ibrahim, sebelum Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim menyampaikan ucapannya.

Perasmian penutupan kemudiannya disempurnakan oleh Duta Rahmah, Ustaz Che Ibrahim Mohamed.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *