Home » Citra Yadim » Program Minggu Paradigma undangan pihak IKTBN Chembong

Program Minggu Paradigma undangan pihak IKTBN Chembong

YADIM Negeri Sembilan telah menerima undangan pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong bagi mengisi slot dalam Program Minggu Paradigma bagi pelajar-pelajar baharu mendaftar.
Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Khamis Mohamad Sani telah menjemput Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup bagi mengisi slot tersebut.
Kira-kira 150 orang pelajar baharu IKTBN Chembong telah terlibat di dalam program tersebut. Minggu Paradigma dijadualkan berlangsung selama seminggu bagi membina jati diri pelajar.
Pengarah dan Timbalan Pengarah IKTBN Chembong berharap agar para pelajar ini dapat dibentuk dengan acuan pendidikan dan patriotisme yang betul.
Hadir sama dalam program pada 17 Ogos ini ialah Penolong Pegawai YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Hasmin Hashim dan Muhd Izzul Hafiz Abdul Jalil.
YADIM Negeri Sembilan ingin melahirkan lebih banyak pemuda-pemuda berjiwa patriotisme dan cintakan ilmu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *