Home » Citra Yadim » Jawatankuasa Induk YADIM Research Management Centre

Jawatankuasa Induk YADIM Research Management Centre

MESYUARAT Jawatankuasa Induk YADIM Research Management Centre (YRMC) kali pertama telah diadakan pada 17 Ogos di ibu pejabat YADIM di Putrajaya.
Ia dipengerusikan oleh Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj, Pengerusi Jawatankuasa Khas Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA), Unit Penyelidikan Dakwah Merangkap ALPA YADIM. Hadir sama ialah timbalannya, Dr Fatimah Syarha Mohd Nordin dan barisan Ahli Jawatankuasa Kluster YADIM Research Management Centre (YRMC) 2023/2024. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan pengenalan dan halatuju YRMC bagi 8 Kluster yang baru dilantik.
Melalui perjumpaan ini juga, para Jawatankuasa Kluster yang telah dilantik kini lebih jelas dan faham berkenaan gerak kerja sebagai JK Kluster.
Kluster ini terbahagi kepada empat iaitu Kluster Pengukuhan Akidah, Kluster Dakwah dan Pendidikan, Kluster Institut Kekeluargaan dan Kluster Media Digital Kreatif. Kluster-kluster ini disinergikan dengan penglibatan dari Sektor/Bahagian di YADIM iaitu Sektor Latihan Dan Perkaderan, Sektor Pembangunan Ummah Dan Wanita, Bahagian Pembangunan Duat, Bahagian Media Dan Teknologi Dakwah
Ketua dan penolong Ketua JK Kluster ini terdiri daripada kalangan para pensyarah Universiti seperti berikut:
Kluster Pemantapan Akidah
Ketua : Dr. Abdul Rahman Mahmood – UKM
Penolong : Dr Azmil Zainal Abidin – UM
Kluster Dakwah dan Pendidikan
Ketua : Prof. Madya Dr Mariam Abd Majid – UIS
Penolong : Prof Madya Dr Salasiah Hanin Hamjah – UKM
Kluster Pemantapan Institusi Kekeluargaan
Ketua : Prof. Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail – UM
Penolong : Prof Madya Dr Zaharah Sulaiman – USM
Kluster Media Digital Kreatif
Ketua : Dr Tenku Putri Norishah Tenku Shariman – MMU
Penolong : Prof Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris – UPSI
Dalam majlis ini juga telah berlangsungnya juga penyampaian amanat dan Watikah Pelantikan daripada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus kepada lapan orang Jawatankuasa Kluster YRMC. Semoga dengan pelantikan ini dapat memberikan sumbangan yang cemerlang kepada ummah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *