Home » YADIM MADANI » Program Pidato Celik Madani 2025 Peringkat Negeri Sabah

Program Pidato Celik Madani 2025 Peringkat Negeri Sabah

PROGRAM Pidato Celik Madani 2025 Peringkat Negeri Sabah anjuran YADIM Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah berlangsung pada 6 Ogos di Kota Kinabalu.
Ia menerima sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 42 orang peserta dari seluruh negeri Sabah, melibatkan penglibatan mereka dalan tiga kategori iaitu Sekolah Rendah, Menengah Rendah dan Menengah Atas.
Pidato yang disampaikan menjurus kepada penghayatan nilai-nilai teras Malaysia Madani memperlihatkan kefahaman dan komitmen peserta terhadap jati diri kebangsaan dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Menurut salah seorang juri jemputan yang juga merupakan tokoh pendidik negeri Sabah, program ini bukan sekadar pertandingan pidato, bahkan merupakan satu platform berkesan dalam membina keyakinan diri, kefahaman sivik, dan keperibadian yang berteraskan nilai MADANI.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Encik Muddin Beting.
YADIM Negeri Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua peserta, guru pembimbing serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *