KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak telah mengadakan program ziarah saudara kita dan penempatan daie YADIM di Kampung Long Busang, Kapit Sarawak, baru-baru ini.
Pengurus Eksekutif YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, daie YADIM yang ditempatkan di kampung berkenaan berperanan sebagai pembimbing golongan saudara kita dalam pelbagai aspek termasuk soal ibadat dan pengajian agama Islam.
“Penempatan Daie YADIM di kawasan pedalaman ini akan memudahkan golongan saudara kita mendapatkan bimbingan dan ilmu agama kerana tanpa bimbingan berterusan akan menyukarkan mereka mengamalkan agama Islam dengan baik.
“Bagi Kampung Long Busang ini, YADIM menempatkan daie, Mohd Ilyasa’ yang akan terus , menetap di kampung ini,’’ katanya.
Selain pegawai-pegawai YADIM, Turut serta dalam program ziarah saudara kita ini ialah Pegawai Pejabat Agama Islam Bahagian Kapit, Ustaz Amir, Ustaz Sharif (Robin) PAIB Kapit, dan Mohd Maisara dari Pejabat Tanah & Ukur Bhagian Kapit.
Awang Dulhadi berkata, penduduk Islam di kawasan berkenaan adalah dari suku Kenyah dan dianggarkan berjumlah 200 orang.
“Kawasan ini sememangnya terletak jauh di pedalaman dan pekan terdekatnya adalah Kapit yang mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk sampai,’’ katanya.
Beliau berkata, seseorang daie yang ditempatkan di kawasan berkenaan sememangnya terpaksa menempuhi cabaran untuk sampai ke kampung ini, kerana perlu melalui jalan yang sangat mencabar sepert jalan sungai dan jalan balak.

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025
PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta


KOMEN