Home » Citra Yadim » YADIM Utara sampaikan bantuan kepada sekolah pondok

YADIM Utara sampaikan bantuan kepada sekolah pondok

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah mengadakan program Halaqah Ilmi pada 28 Mac lalu bagi menyampaikan sumbangan kepada pondok-pondok pengajian di negeri Kedah.
Eksekutif Kanan YADIM Zon Utara, Zuhri Hussain berkata, pada program berkenaan, rombongan YADIM telah mengunjungi Pondok Gajah Teriak iaitu salah sebuah pondok pengajian yang terletak di Jitra, Kedah.
“Dalam program ini, YADIM ingin mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah pondok yang sememangnya banyak terdapat di negeri Kedah untuk menyampaikan sumbangan yang berupa kitab-kitab dan buku rujukan,’’ katanya.
Beliau berkata, selain YADIM, rombongan yang menyertai program berkenaan termasuk 20 wakil dari badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kedah.
“Sumbangan ini bertujuan membantu sekolah-sekolah pondok dan sekaligus memberikan kemudahan pendidikan yang lebih baik kepada masyarakat Islam yang sememangnya cintakan ilmu dan mahu mendalami agama Islam,’’ katanya.
Sementara itu, mudir sekolah berkenaan, Tuan Guru Khairul Anuar Shafie berkata, sekolah berlenaan dihuni oleh seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada golongan remaja 18 tahun ke atas serta golongan warga emas.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak telah memberikan sumbangan berkenaan dan berharap lebih ramai lagi pihak lain yang turut sama membantu sekolah-sekolah pondok dalam apa jua bentuk.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *