Home » Citra Yadim » program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di SMK Cheneh Baru, Kemaman

program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di SMK Cheneh Baru, Kemaman

PROGRAM dakwah anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui YADIM Terengganu ternyata mendapat tempat di hati penduduk Felda Neram, Kemaman, Terengganu.
Ia jelas apabila lebih 4,000 penduduk Felda Neram 2, Kemaman daripada pelbagai lapisan umur mengambil bahagian menyertai program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheneh Baru, Kemaman pada 16 November.
SEBATI Madani adalah program dakwah di lapangan dengan pelbagai pengisian bersesuaian dan pada masa yang sama menyantuni komuniti yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.
Pengisian yang disediakan termasuklah Seminar Keluarga Madani, Jualan Rahmah, Warna-warna Malaysia Madani, Terapi Sunnah Berkuda untuk Orang Kelainan Upaya, Dai’e Muda Laskar Alam, Pengakap Lestari Alam dan Cabutan 1 Kalimah Dakwah.
Sumbangan 150 Bakul Madani kepada asnaf oleh YADIM dan pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) juga turut diadakan.
Sementara itu, Jualan Rahmah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) yang dijayakan dengan kerjasama Syarikat Trealeaf Sdn. Bhd. di program ini telah mencatatkan rekod jualan tertinggi di Terengganu dalam masa hanya 4 jam diadakan.
Hadir ke SEBATI Madani ini ialah Yang Dipertua YADIM Datuk Hasanuddin Mohd Yunus yang merasmikan program. Bersama beliau ialah Pengarah YADIM Terengganu Ustaz Nasrul Hadi Saiadin, dan Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Cheneh Baharu, Dr Mohd. Zaki Salleh.
Tidak ketinggalan ialah Ketua Peneroka Felda Neram 2, Dato’ Bahari Abdullah dan Pengetua SMK Cheneh Baharu, Haji Rosman Kassim.
SEBATI Madani di SMK Cheneh Baharu dijayakan dengan kerjasama
KETENGAH, KPDN, PIBG SMK Cheneh Baharu, syarikat GISBH, ABIM dan KEMAS Terengganu.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *