Home » YADIM MADANI » Program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Kedah

Program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Kedah

PROGRAM Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani yang julung kali diadakan Kedah pada 6 Julai menyaksikan ia menerima sambutan sangat menggalakkan daripada penduduk Kampung Bok Bak, Baling.
Lebih 400 orang penduduk menyertai program sehari anjuran Bahagian Khidmat Bakti YADIM dengan tumpuan penganjuran di Surau Al Falah di kampung berkenaan.
Program dimulakan dengan solat Subuh berjemaah dan tazkirah Subuh oleh Ustaz Arif Adzwan Mohd Ali sebelum penduduk bersarapan bersama Sukarelawan YADIM Kampung Bok Bak.
Acara mewarna dan sukaneka desa kemudiannnya menjadi pengisian program yang melibatkan kanak-kanak dan peserta dewasa. Pada masa yang sama, para penduduk juga bergotong-royong memasak juadah untuk makan tengahari sebelum menunaikan solat Zohor berjemaah.
Turut diadakan ialah bengkel pengurusan jenazah dan ceramah fiqh wanita yang disampaikan oleh Daie Muda YADIM, Nur Khairunnisa Zubir.
Pada sebelah malam, para peserta menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah selain menghadiri ceramah perdana sempena Maal Hijrah.
Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka.
Hadir sama pada Sebati Madani ini ialah Pengarah Bahagian Khidmat Bakti, Hajah Hafsah Husain, Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Dr. Ahmad Mujahid Abdullah serta Pengerusi SAY Baling, Encik Abu Hassan Musa.
SEBATI Madani juga sebelum ini telah dilaksanakan oleh YADIM di Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *