Home » Citra Yadim » Program semakan arah kiblat surau stesen minyak

Program semakan arah kiblat surau stesen minyak

KOTA KINABALU 8 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah bersama Pejabat Mufti Negeri Sabah telah mengadakan program semakan semula arah kiblat surau stesen-stesen  minyak Petronas di sekitar bandaraya ini, pada 6 Jun.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, program berkenaan telah dimulakan di stesen Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru Kota Kinabalu hingga ke Ranau bertujuan memastikan surau-surau berkenaan meletakkan tanda arah kiblat dengan betul.

Beliau berkata, selain daripada kakitangan YADIM dan Pejabat Mufti Sabah, turut serta adalah Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar sendiri.

“Ketika semakan dibuat, pengusaha stesen Petronas Pekan Ranau, Encik Joseph juga berbesar hari menyumbang barang-barang makanan kering termasuk beras kepada Rumah Anak-anak Yatim Kampung Langsat,’’ katanya.

Beliau berkata, misi berkenaan berakhir dengan majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan di Rumah Anak Yatim Kampung Langsat, Ranau.

“Program berbuka puasa ini pastinya memberikan kegembiraan kepada para penghuni rumah berkenaan, lebih-lebih lagi dengan kesudian Mufti Sabah sendiri untuk turun padang dan berbuka puasa bersama-sama,’’ katanya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *