Home » Citra Yadim » Program Solat Kritikal Pesakit & Bengkel Al-Fatihah oleh YADIM Kelantan

Program Solat Kritikal Pesakit & Bengkel Al-Fatihah oleh YADIM Kelantan

MENERUSKAN Lagi jalinan jaringan program sedia ada, YADIM Kelantan pada 16 Ogos bekerjasama dengan Penjara Pengkalan Chepa mengadakan program YADIM Kolaboratif : Solat Kritikal Pesakit & Bengkel Al-Fatihah.
Seramai 30 pegawai dan kakitangan penjara berkenaan menyertai program ini yang menjemput Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Mohd Kashuadi Abd Ghani sebagai penceramahnya.
Beliau membawakan tajuk ‘Kefardhuan Solat Sebagai Muslim’ sebelum mengadakan praktikal ibadah solat untuk para peserta program.
Antara disentuh Ustaz Mohd Kashuadi ialah mengenai solat ketika sakit kritikal, praktikal wuduk dan tayamum ketika sakit serta secara praktikal membantu membetulkan bacaan surah Al-Fatihah.
Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff hadir selaku penyelaras program bersama Ketua Inspektor Penjara Pengkalan Chepa, Tuan Syurlin Mahmood.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *