Home » Citra Yadim » Youth Talk@YADIM di ILKBS

Youth Talk@YADIM di ILKBS

SEDANG Berlangsung ketika ini sesi Youth Talk@YADIM sempena Minggu Paradigma di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) seluruh negara.
Minggu Paradigma ILKBS bertujuan memberi pelbagai pendedahan awal kepada pelajar yang baharu mendaftar bagi sesi Ogos 2023.
Bagi minggu tersebut, YADIM diberi peluang dan amanah memberi suntikan motivasi dan pengisian kerohanian kepada belia yang akan memulakan sesi pembelajaran di ILKBS dan pada masa yang sama mempromosi Rakan Belia YADIM di sana.
Antara yang disentuh YADIM ialah penghayatan konsep Ihsan Malaysia Madani dalam kalangan belia, keharmonian silang agama dalam masyarakat majmuk, matlamat belia dalam mengejar cita-cita dan pelbagai lagi pengisian yang berkaitan dengan belia.
Sesi bersama YADIM bermula 15 hingga 18 Ogos.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *