LENSA Program Tahsin Ibadah:Pengurusan Jenazah anjuran YADIM Negeri Kedah dan Perlis pada 9 Ogos di Surau An Nur, Desa KEDA Hujung Keton, Pendang.
Dijayakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Pendang dan Sungai Petani, program ini bertujuan mendidik para peserta mengenai pengurusan jenazah secara lengkap dan sempurna mengikut syariat Islam.
Seramai 70 peserta menyertai program ini yang terdiri daripada masyarakat dan penduduk kampung dibimbing oleh Ahli Zamalah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Mohamad Sofi Mohamad Akhir.
Turut bersama Pengerusi Masjid Kariah Kampung Hujung Keton, Haji Ahmad Md. Akhir, Pengerusi SAY Pendang, Abd. Ghani Sudin, Pengerusi SAY Sungai. Petani, Zamri Yaacob dan wakil-wakil penduduk.



KOMEN