Home » Citra Yadim » Program Tahsin Ibadah, Pengurusan Jenazah Wanita

Program Tahsin Ibadah, Pengurusan Jenazah Wanita

KELAS Dan bengkel mendalami pengurusan jenazah membabitkan golongan wanita perlu diperkasakan dan lebih kerap diadakan supaya semua sentiasa cakna, selain mempunyai pelapis yang sentiasa bersedia menguruskan jenazah wanita.
Menyedari pentingnya mendalami ilmu ini, YADIM Kedah dan Perlis pada 1 Mac telah menganjurkan program Tahsin Ibadah, Pengurusan Jenazah Wanita.
Dengan kerjasama Masjid Sharifah Fatimah, Jitra, program yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini dihadiri kira-kira 60 peserta dengan sesi penerangan teori dan amali dikendalikan penceramah mantan pegawai Kor Agama Angkatan Tentera, Ustazah Sabariyah Salleh.
Ucapan aluan disampaikan oleh Pengerusi Masjid Sharifah Fatimah, Ustaz Mohamad Fida’iy Zainal Abidin. Turut bersama ialah Penolong Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Ustaz Ahmad Afif Zuhdi Ahmad Zaki.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *