Home » Langit Terbuka » Program televisyen berunsur lucah, LGBT perlu ditarik siaran

Program televisyen berunsur lucah, LGBT perlu ditarik siaran

KUALA LUMPUR, Rabu – Stesen televisyen perlu lebih bertanggungjawab dengan sentiasa membuat tapisan dan pemantauan terhadap sebarang isi kandungan program atau rancangan yang disiarkan.

Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata pihak berkenaan perlu peka dengan sensitiviti masyarakat negara ini, dengan tidak menyiarkan program yang kandungannya bertentangan dengan budaya tempatan.

Beliau berkata jalan cerita program tidak bermoral yang mengandungi elemen lucah, kata-kata kesat serta mempromosi amalan songsang seperti budaya Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) seharusnya tidak dibawa masuk ke negara ini kerana boleh menyebabkan masalah sosial.

“Lebih penting lagi apabila ia membabitkan rancangan seperti kartun yang pastinya ditonton kanak-kanak kerana mereka sangat mudah terpengaruh dengan anasir negatif itu terutamanya jika ditonton tanpa pengawasan orang dewasa.

“Seterusnya ia dikhuatiri memberi implikasi terhadap pemikiran, tingkah laku dan emosi kanak kanak yang terdedah kepada program berunsur sedemikian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai viral di aplikasi WhatsApp berkaitan dakwaan terdapat satu cerita kartun terbitan luar negara disiarkan di stesen televisyen berbayar tempatan, yang dilihat mempromosi amalan LGBT menerusi penceritaan bertemakan kehidupan dua lelaki sudah berkahwin.

Noor Aziah berkata tindakan sewajarnya termasuk penarikan balik siaran rancangan berkenaan berkuat kuasa serta-merta, perlu dilakukan sekiranya dakwaan tersebar itu terbukti benar.

“Dakwaan ini perlu dipandang serius kerana kita tidak mahu perkara sebegini dibiarkan seterusnya menjadi barah dengan merosakkan akhlak dan sahsiah masyarakat di negara ini terutama anak kecil,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada empat anak kecil berusia antara satu dan lapan tahun, Noor Ezlawaty, 35, berkata ibu bapa perlu memainkan peranan dengan sentiasa memantau kandungan program atau rancangan televisyen yang ditonton anak mereka.

“Ibu bapa juga perlu memberi didikan dan panduan agama secukupnya kepada anak-anak kerana ia satu pelaburan serta langkah pencegahan terbaik bagi memastikan mereka tidak mudah terpengaruh dengan perkara tidak baik,” katanya.

Dalam pada itu, usaha Bernama untuk mendapatkan kepastian daripada stesen televisyen terbabit mengenai isu berkenaan gagal apabila mereka enggan mengulas atau memberi sebarang kenyataan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *