MARANG – Komitmen YADIM Negeri Terengganu dalam menyantuni golongan warga emas diteruskan menerusi penganjuran Program Usrah Nurani Komuniti di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Marang pada 29 Julai.
Menerusi program dengan kerjasama PAWE Marang dan Wanita IKRAM Negeri Terengganu ini, peserta mengikuti pengisian kerohanian yang disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Ali Azfar Khairul Faiz, yang mengupas kepentingan membina kekuatan diri melalui kesabaran, pengawalan emosi dan reda terhadap ketentuan Allah SWT.
Turut diadakan ialah aktiviti senaman ringan Chairobic, saringan kesihatan dan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Pakar Perunding Perubatan Nefrologi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dato’ Dr. Zaiha Harun, sebagai usaha menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas.
Program ini memberi ruang kepada warga emas untuk berkumpul, menimba ilmu serta menjalani aktiviti yang bermanfaat dalam suasana santai dan mesra.



KOMEN