Home » Citra Yadim » YADIM Kolaboratif : Seminar Ketokohan : Laksamana Zheng He

YADIM Kolaboratif : Seminar Ketokohan : Laksamana Zheng He

HAMPIR 200 peserta menyertai program YADIM Kolaboratif : Seminar Ketokohan : Laksamana Zheng He di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang pada 15 September.
Bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan ketokohan pahlawan Zheng He sebagai penyebar Islam daripada China ke Nusantara serta meningkatkan kesedaran dan kecintaan kepada sejarah ketamadunan Islam di kalangan peserta, program in merupakan anjuran YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) dan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD).
Sesi pertama program Lentera YADIM dengan tajuk ‘Laksamana Zheng He Ikon Perpaduan Masyarakat’ disampaikan oleh Pengerusi Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD), Encik Muhammad Suhail Ahmad.
Sesi kedua program Wacana Zheng He dengan tajuk ‘Zheng He sebagai Pengukuh Hubungan Antara Kaum’ disampikan oleh Datuk Prof. ChM Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Presiden MACMA, Encik Abdul Hakim Shahbudin, Timbalan Presiden GPTD, Encik Timothy Tye, Pengkaji Sejarah sebagai ahli panel dan Puan Izwanum Abdul Wahid sebagai moderator program.
Program ini disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohammad Fadzil Alias, Pengarah YADIM Pulau Pinang. Turut hadir bersama Dr. Mohd Azhar Bahari, Timbalan Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *