Home » YADIM MADANI » PROGRAM Wacana Minda Madani Siri 3 Terengganu

PROGRAM Wacana Minda Madani Siri 3 Terengganu

PROGRAM Wacana Minda Madani Siri 3 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu pada 29 April menyaksikan ia dihadiri lebih 300 orang peserta daripada kalangan pendidik negeri Terengganu.
Ia dimulakan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara Dan Ikrar Perkhidmatan Awam yang dipimpin oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ajil, Hulu Terengganu, Cikgu Suhaimi Said.
Ceramah bertajuk “Peranan Pendidik Dalam Melahirkan Masyarakat MADANI” kemudiannya disampaikan oleh Pengarah Zon Timur, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Haji Ali Muda.
Ucapan aluan untuk program ini telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Encik Rosli Chik, manakala ucapan perasmian oleh Timbalan Sektor Perancangan Dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Awi Salleh.
Pengerusi MPSM Daerah Hulu Terengganu, Encik Wan Ahmad Che Wan Sulong, bersama Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin, turut hadir bersama dalam program wacana ini.
Program ini merupakan anjuran bersama YADIM Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dalam melestari gerakan dakwah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *