Home » YADIM MADANI » Program Aspirasi Remaja Madani

Program Aspirasi Remaja Madani

INISIATIF Dakwah menerusi penyampaian ilmu oleh YADIM Terengganu berlangsung sepanjang tahun bagi memastikan generasi muda di negeri tersebut khususnya, sentiasa diberikan pengisian bermanfaat bagi menyiapkan mereka menempuh masa depan.
Menerusi Program Aspirasi Remaja Madani umpamanya, para pelajar dipersiapkan serta diberikan pengisian kerohanian bagi memandu mereka secara fizikal dan spiritual.
Program pada 30 April 2024 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana, Setiu itu dihadiri oleh seramai 150 pelajar.
Slot pertama disampaikan pengisiannya oleh Pegawai Cemerlang SISC + (TVET) PPD Besut, Cikgu Wan Mohd Azlan Wan Ahmad, manakala slot kedua disampaikan oleh pakar motivasi terkemuka, Cikgu Zuraidi Abdul Rahman.
Ucapan perasmian program disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Kasman Embong serta Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana, Puan Jamilah Rejab.
Program ini merupakan anjuran bersama YADIM Negeri Terengganu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *