Home » YADIM MADANI » Program Wacana Minda Madani Siri Ke 5 Setiu

Program Wacana Minda Madani Siri Ke 5 Setiu

LENSA Program Wacana Minda Madani Siri Ke 5 bertajuk “Peranan Pendidik Dalam Melahirkan Masyarakat Madani” pada 30 April di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu.
Disertai seramai 200 orang guru dan pegawai pejabat pendidikan daerah Setiu, ia dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Haji Jelani Sulong.
Pengisian program telah disampaikan oleh Pengarah Zon Timur Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Haji Ali Muda.
Hadir sama ke program ini ialah Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Encik Jawahil Abdullah, Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Haji Abdullah Zawawi Haji Yahaya dan Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.
Program ini merupakan anjuran bersama YADIM Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *