Home » Citra Yadim » Program `YADIM Bersama Masyarakat’ anjuran YADIM Utara

Program `YADIM Bersama Masyarakat’ anjuran YADIM Utara

SUNGAI PETANI – Program YADIM Bersama Masyarakat telah dilaksanakan di peringkat Parlimen Jerai pada 18 dan 19 Ogos 2017 lalu melibatkan sebanyak tiga aktiviti utama, kata Pengurus Eksekutif  YADIM Zon Utara, Hafsah Husain.

Beliau berkata, pada hari pertama telah berlangsung program Forum Perdana Ehwal Islam bertempat di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah.

“Antara ahli panel yang terlibat dalam forum berkenaan ialah Pegawai Agama, Bahagian Agama dan Kauseling, Ibu Pejabat Polis Kedah, Ustaz Lutfi Amir Saiadin dan Imam Masjid Zahir, Ustaz Mohd Isa Bin Abdul Rhaman, manakala moderator bertugas pada malam tersebut ialah Pencetus Ummah Amir.

“Forum berkenaan mengupas tajuk `Menuai keberkatan’ dan telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat,’’ katanya.

Beliau berkata pada 19 Ogos pula telah dua program serentak iaitu program I-Futsal dan Seminar Transformasi Jati Diri Muslimah.

Menurutnya, program I-Futsal telah diadakan di perkarangan padang futsal GF1M, Guar Chempedak, Gurun, Kedah dan telah menerima penyertaan daripada sebanyak 32 pasukan.

“Pada waktu yang sama pelbagai acara sampingan turut dijalankan seperti  tazkirah santai berkaitan syariat dalam bersukan,’’ katanya.

Beliau berkata, turut hadir dalam program ini adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom dan Timbalan Yang Dipertua YADIM, Ust Mohd Zaidi Bin Ramli.

Beliau berkata, turut berlangsung pada pagi tersebut ialah Seminar Transformasi Jati Diri Muslimah yang berlangsung di Kompleks Pejabat Agama Daerah Yan.

“Secara ringkasnya, objektif penganjuran program ini ialah menyampaikan dakwah dalam bentuk santai dan merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan YADIM bagi memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat dengan tidak tertumpu kepada rumah ibadat sahaja.

Beliau berkat, secara keseluruhannya, rata-rata respons yang diterima masyarakat mereka memuji penganjuran seperti ini dan berharap lebih banyak program seperti ini diadakan.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *