Home » Citra Yadim » Program YADIM Peduli di Penjara Koreksional Perlis

Program YADIM Peduli di Penjara Koreksional Perlis

YADIM Perlis turut menjadikan penghuni penjara sebagai golongan sasaran dakwah mereka.
Menerusi Program YADIM Peduli di Penjara Koreksional Perlis,Kangar pada 26 Oktober, seramai 120 penghuni pusat berkenaan disantuni.
Penceramah untuk program ini ialah Encik Arif Zakki dari Ultimate Success Consultant
yang menyampaikan tajuk ‘Rejuvenasi Minda: Hidup Mati Biar Bererti’.
Wakil penjara, Tuan Ridzuan Jamal mengucapkan terima kasih atas komitmen YADIM yang tidak melupakan golongan ini dan berharap ia tidak terhenti setakat ini.
Program ini kemudiannya diteruskan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Bukit Chabang, Padang Besar.
Di sini, seramai 160 orang penghuninya hadir ke program Forum Sembang Santai yang diadakan di surau pusat berkenaan.
Forum ini menampilkan tiga orang panel iaitu Penolong Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Ustaz Mohd Afifi Ruslan, Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Amirul Syahir Musa, dan Encik Arif Zakki.
YADIM Kedah dan Perlis merancang untuk mengadakan lagi program seperti ini pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *