Home » Citra Yadim » Program Bicara Madani Guru-Guru Daerah Kota Bharu

Program Bicara Madani Guru-Guru Daerah Kota Bharu

YADIM Terus komited memberikan kefahaman kepada pelbagai lapisan masyarakat berkaitan konsep Malaysia MADANI.
Justeru, Program Bicara Madani Guru-Guru Daerah Kota Bharu dianjurkan oleh Persatuan Pendidik Profesional Kelantan, Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN), Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama YADIM Kelantan pada 29 Oktober di Auditorium Ibu Pejabat LKTN , Kubang Kerian, Kota Bharu.
Ceramah bertajuk “Aspirasi Pendidik Dalam Penghayatan Teras Madani” disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama, Yang Berhormat Dr Hafidzah Mustakim.
Ia turut hadiri Pengerusi LKTN, Dato Haji Wan Ab Rahim Wan Abdullah, Ketua Pengarah LKTN, Tuan Haji Idris Mohd Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu, Tuan Haji Saipul Bahri Ab Manaf dan Pengarah YADIM Kelantan, Tuan Haji Mahadi Awang.
Seramai 100 orang peserta terdiri daripada guru-guru sekolah Sekitar daerah Kota Bharu menghadiri program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *