Home » Citra Yadim » Program YADIM Peduli Ziarah Kasih ke Pusat Jagaan Darul Hanan

Program YADIM Peduli Ziarah Kasih ke Pusat Jagaan Darul Hanan

PRIHATIN Kepada sesama insan adalah suatu perkara yang sangat dituntut dalam Islam.
Selari dengan perkara tersebut, YADIM Pulau Pinang telah mengadakan Program YADIM Peduli Ziarah Kasih ke Pusat Jagaan Darul Hanan, Kepala Batas pada 26 Mac.
Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik antara YADIM dan Pusat Jagaan Darul Hanan dalam aspek kepentingan ilmu dan dakwah kepada penghuni Darul Hanan.
Hadir pada program ini ialah Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin, Timbalan Yang Dipertua MAINPP merangkap Pengerusi Badan Kebajikan Darul Hannan, Dato’ Dr. Roslan Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Darul Hannan, Dato Haji Sazali Hussein dan Pengurus Darul Hanan, Puan Siti Sarah Yahya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *