Home » YADIM MADANI » YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk kepada keluarga mualaf.
Sesuai dengan itu pada 5 April, YADIM Kedah dan Perlis bersama rakan badan bukan kerajaan antaranya Hidayah Centre Foundation, Majlis Dakwah Negara dan Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAM) telah menganjurkan program Ziarah Madani Mualaf.
Program yang bermula pada jam 11 malam berjaya menyantuni 10 keluarga mualaf di sekitar bandaraya Alor Setar.
Program tersebut dianjurkan atas semangat ukhwah serta merupakan salah satu bentuk sokongan moral kepada mualaf untuk menjalani sambutan Syawal terutama mereka yang pertama kali melalui pengalaman tersebut.
Sumbangan juga bertujuan meringankan beban golongan mualaf yang kurang berkemampuan dan hidup sebatang kara disamping menghadapi cabaran daripada segi fizikal, emosi dan kewangan.
Turun padang dalam program tersebut ialah Penolong Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Ustaz Mohammad Bilal Mohd Zain, Pengurus Hidayah Centre Foundation, Noorhafizudin Md. Zin, Setiausaha Majlis Dakwah Negara Kedah, Haji Fuad Ashari, Pengerusi RSY UniSHAMS, Saudara Afif Azhari dan wakil Pejabat Pendidikan Daerah Pendang, Zaharan Zahid.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *