Home » Citra Yadim » Program Ziarah Kasih RPS Dala

Program Ziarah Kasih RPS Dala

GERIK 14 Sept. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara telah mengadakan program Ziarah Kasih di Rancangan Penempatan Sementara (RPS) Dala, Gerik, Perak yang bertujuan menyantuni penduduk Orang Asli Islam di kawasan berkenaan.

Pengurus Eksekutif Yadim Zon Utara, Hafsah Husain berkata, program Ziarah Kasih adalah antara program Yadim Zon Utara bagi mendekati penduduk Orang Asli yang telah memeluk Islam bagi memastikan kebajikan mereka terjaga dan sekaligus mereka dapat mengamalkan ajaran agama dengan baik.

“Dalam ziarah ke RPS Dala pada 6 September lalu, kami telah menyampaikan sumbangan sejadah, kain telekung, kain pelikat dan kopiah kepada Surau Al-Falah, kampung ini,’’ katanya.

RPS Dala yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Gerik dihuni seramai 1,600 Orang Asli dari suku Temiar dan bilangan penduduk yang memeluk Islam dianggarkan berjumlah seramai 950 orang.

Menurutnya, dalam melaksanakan program berkenaan, Yadim Zon Utara telah mendapat kerjasama daripada penggerak Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) bagi kawasan berkenaan bagi memudahkan perhubungan dengan penduduk kampung berkenaan.

“Tujuan ziarah ini diadakan juga bagi meninjau kawasan ini bagi melaksanakan program khidmat komuniti bersama masyarakat Orang Asli yang akan dilaksanakan pada bulan Oktober yang akan datang,’’ katanya.

Beliau berkata, pada keseluruhannya, penduduk kampung berkenaan sememangnya amat mengalu-alukan sebarang aktiviti diadakan di kampung mereka yang sekaligus memberikan sdikit sebanyak pendedahan dalam pelbagai aspek kepada para penduduk.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *