Home » Citra Yadim » Promosi Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM di IKIM.FM

Promosi Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM di IKIM.FM

KUALA LUMPUR – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini meneruskan promosi Konvensyen Sahabat YADIM (KKSY) 2018 di IKIM.FM

Menerusi slot Hebahan di stesen radio Islamik nombor satu negara itu, Pengurus Besar Operasi YADIM, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin dan Eksekutif Kanan KEMUDA, Mohd Husnaini Mongin telah bersiaran selama setengah jam.

Mohd Khairrul Fuad dalam wawancaranya memberitahu, penganjuran KKSY bukan saja memberi peluang para ahli Sahabat YADIM bertemu, malah ia juga menjadi plaftform mereka merencana hala tuju, selain turut membolehkan mereka menyampaikan cadangan kepada pihak berwajib.

Mohd Husnaini pula menjelaskan, pemilihan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) adalah kerana mereka merupakan Johan Anugerah Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2017 iaitu Anugerah Organisasi Pimpinan Universiti Terbaik Dan Pentarbiyahan Terbaik.

“Justeru,KUIM di pilih jadi tuan rumah kerana menerima anugerah berkenaan tahun lepas,” jelasnya.

KKSY 2018 dijadualkan disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, selain turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Ketua Menteri Melaka, Adli Zahari.

Program berkenaan dijangka menghimpunkan lebih 600 ahli Sahabat YADIM dari universiti universiti seluruh negara.

Sahabat YADIM merupakan sebuah pergerakan dianggotai para pelajar pelajar 30 universiti seluruh negara.

Artikel Berkaitan

Ulama galakkan kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan melalui tafsiran teks agama yang seimbang, memperjuang toleransi dan membimbing umat

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *