Home » Citra Yadim » YADIM Pembentang Terbaik Anugerah Inovasi JPM 2018

YADIM Pembentang Terbaik Anugerah Inovasi JPM 2018

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini telah dinobatkan sebagai pembentang terbaik dalam Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2018.

Pengurus Besar Pentadbiran dan Kewangan YADIM, Tuan Redhauddin Kamaruzaman menerima anugerah berkenaan bagi pihak badan dakwah ini dalam satu majlis di Puspanitapuri di sini, yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Yang Berbahagia Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Selaku pemenang anugerah ini, YADIM menerima wang RM2,000 beserta sijil penghargaan.

YADIM telah turut serta dalam pertandingan ini dalam satu pembentangan pada 3 Oktober lalu di Blok B1 Jabatan Perdana Menteri, dengan tajuk ‘Program Daie YADIM Sabah dan Sarawak’.

Pembentangan telah dilakukan oleh Pengarah YADIM Zon Sabah, Tuan Haji Samin Ongki, Pengarah YADIM Zon Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat, Pengurus Besar Operasi, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin, Pengarah Unit Audit Dalam, Najwa Najib serta Eksekutif Kanan Bahagian Komunikasi Korporat, Siti Zaiton Bachok.

Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri telah diperkenalkan mulai 2009 sebagai anugerah yang mengiktiraf penghasilan inovasi yang benar-benar signifikan dan berimpak tinggi di Jabatan Perdana Menteri.

Pewujudannya juga akan membolehkan kerajaan memberi pengiktirafan kepada inovasi yang dilakukan oleh Bahagian/Jabatan/Agensi Jabatan Perdana Menteri di mana secara khasnya dapat meningkatkan mutu sistem penyampaian menerusi penambahbaikan proses/prosedur kerja yang lebih efisien.

Artikel Berkaitan

Ulama galakkan kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan melalui tafsiran teks agama yang seimbang, memperjuang toleransi dan membimbing umat

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *