Home » Langit Terbuka » Proton perkenal Proton X70

Proton perkenal Proton X70

Proton X70 boleh ditempah mulai esok dengan deposit RM1,000 setiap unit - Paul Tan

KUALA LUMPUR – PROTON Holdings Berhad (Proton) mengumumkan nama kenderaan utiliti sukan (SUV) baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi sebagai Proton X70.

Model hasil kerjasama dengan Geely itu dijana dengan enjin 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI) yang menghasilkan kuasa 181 hp dan tork 285Nm pada 1,500 rpm.

Tiga varian ditawarkan iaitu Standard, Executive (2WD dan 4WD) dan Premium dengan ciri kemasan luaran dan dalaman berkonsepkan budaya tempatan.

Pengguna boleh melihat model ini di ruang pameran 3S dan 4S Proton di Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu daripada 19 September hingga 4 November.

Proton X70 boleh ditempah mulai esok (8 September) dengan deposit RM1,000 setiap unit. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *