Home » Langit Terbuka » Pub ditukar jadi pusat Islam di UK

Pub ditukar jadi pusat Islam di UK

sumber

BRITAIN, Jumaat- Sebuah pub di bandar Derby di selatan Britain telah dibeli oleh orang Islam selepas ditawarkan untuk dijual oleh pemiliknya.

Setiausaha Masjid Jamia Normaton, Nazir Hussain berkata, sebagai pemimpin masyarakat, berjanji untuk menjadikan bangunan itu sebagai pusat komuniti untuk Muslim kawasan tersebut.

“Kami membelinya kerana ia adalah untuk dijual. Bukan untuk mencetuskan apa-apa salah faham,” katanya.

Pub itu adalah salah satu bangunan tertua di kawasan itu. Ia bermula sebagai sebuah kedai roti dan kemudian ditukar kepada sebuah pub pada tahun 1934.

Hussain menjelaskan bahawa, pegawai-pegawai masjid tidak mempunyai sebarang rancangan untuk merobohkan bangunan itu, sebaliknya merancang untuk menjadikan bangunan komuniti kepada Muslim.

Pub atau bar bukanlah yang pertama pernah dibeli oleh umat Islam di UK.

Pada Mei 2012, orang Islam di Britain telah berjaya menukar sebuah bekas pub di barat Norfolk sebagai sebuah pusat komuniti Islam.

Berdasarkan bancian 2011, masyarakat Islam di Britain mencecah hampir 2.8 juta atau 4.4% daripada jumlah penduduknya. – Agensi

Sumber daripada www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *