Home » Langit Terbuka » Lebih 200 pintu Masjidil Haram dibuka mudahkan jemaah haji

Lebih 200 pintu Masjidil Haram dibuka mudahkan jemaah haji

sumber

MAKKAH, Selasa – Lebih 200 pintu Masjidil Haram termasuk gerbang Raja Abdul Aziz akan dibuka bagi memudahkan pergerakan jemaah sepanjang musim haji tahun ini.

Pengarah Jabatan Pintu Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdullah Al-Tumaih berkata pintu-pintu berdekatan Gerbang Raja Abdulaziz yang telah ditutup akan dibuka semula untuk memudahkan pergerakan jemaah haji di sisi barat masjid tersebut.

“Beberapa pintu yang ditutup akan dibuka mulai 4 September dan selebihnya akan dibuka selepas kerja-kerja projek perluasan dihentikan untuk ibadah Haji.

“Petugas lelaki dan perempuan akan menjaga semua pintu itu selama 24 jam untuk memberikan arahan kepada para jemaah.

“Manakala, orang yang kurang upaya boleh menggunakan pintu yang direka khusus untuk mereka,” katanya.

Selain itu untuk memudahkan perjalanan jemaah haji, kira-kira 18,000 bas akan dikerahkan untuk mengangkut jemaah antara Jeddah, Makkah dan tempat-tempat suci yang lain.

Lebih 20 syarikat pengangkutan tempatan bertanggungjawab sepanjang musim haji ini.

Dalam perkembangan lain, Menteri Kesihatan turut mengerahkan kira-kira 600 doktor, jururawat dan kakitangan di Lapangan Terbang Internasioal King Abdulaziz di Jeddah untuk memberikan perkhidmatan perubatan kepada para jemaah haji yang tiba dari pelbagai pelusuk dunia.

Kementerian kesihatan telah mendirikan beberapa klinik di Terminal Haji di utara dan selatan bagi memvaksin para jamaah dan memberikan pertolongan kecemasan jika diperlukan. – Agensi

Sumber daripada www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *