Home » Langit Terbuka » Puff for a puff di masjid Singapura

Puff for a puff di masjid Singapura

Inisiatif ‘Puff for a puff’, adalah sebahagian daripada kempen antirokok terbaru, bertujuan menonjolkan penjimatan kewangan dan peningkatan kesihatan disebabkan berhenti merokok. - Foto Mothership.sg

SINGAPURA – Jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan di sini dipelawa menyertai inisiatif ‘Puff for a puff’ dengan menyerahkan rokok mereka untuk mendapat karipap sebagai ganti.

Bermula akhir Jun hingga pertengahan Oktober ini, perokok boleh mengunjungi komuniti Melayu di gerai ‘Puff for a puff’ 22 rakan kongsi masjid untuk menukar rokok mereka dengan karipap percuma.

Selepas pertukaran itu, mereka boleh mendaftar menyertai ‘Program Saya Berhenti 28-Hari’ Lembaga Promosi Kesihatan (HPB) untuk mendapatkan bantuan lanjut bagi membantu mereka menghentikan tabiat itu.

Inisiatif ‘Puff for a puff’, sebahagian daripada kempen antirokok terbaru HPB, bertujuan menonjolkan penjimatan kos kewangan dan peningkatan kesihatan disebabkan berhenti merokok.

Setiausaha Kanan Parlimen bagi Hal Ehwal Kesihatan dan Dalam Negeri, Amrin Amin, yang ditemui di Masjid Sultan, berkata: “Harga karipap sama mahal dengan rokok atau malah lebih murah.”

Sebungkus kotak mengandungi 20 batang rokok berharga S$14 (RM42) atau kira-kira 70 sen (RM2) sebatang.

Karipap yang disediakan di masjid juga lebih sihat kerana digoreng dalam minyak yang kurang lemak tepu dan menggunakan tepung gandum penuh.

Sebelum membuat pertukaran, perokok perlu mematahkan rokok mereka dan meletakkan ia ke dalam bekas bagi membolehkan HPB membuang ia selepas itu.

Usaha terbaru HBP itu adalah bagi menggalakkan perokok mengambil langkah pertama meninggalkan tabiat itu, yang paling sukar dilakukan oleh sebahagian daripada mereka. — Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *