Home » Langit Terbuka » Zakat sedia tanggung kos perjalanan rawatan

Zakat sedia tanggung kos perjalanan rawatan

Ahli Jawatankuasa Pekeba bersama pegawai Zakat Kedah melawat keluarga Nurul Qaisara baru baru ini. - Foto Zakat Kedah

BALING – Pejabat Zakat daerah ini bersetuju untuk menangung kos perjalanan sebuah keluarga yang perlu mendapatkan rawatan anak mereka yang menghidap masalah jantung.

Setiausaha Pertubuhan Penduduk Baling (Perkeba), Mohd Nazry Md Bidin berkata, pihaknya telah membawa pihak zakat bagi menziarahi adik Nurul Qaisara Mohd Saiful Nizam.

Mohd Nazry berkata, bapa kepada pesakit tidak mampu untuk membawa anaknya ke Institut Jantung Negara (IJN).

“Bapa kanak-kanak berkenaan hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Keadaan ini menjadi sukar kerana kos untuk mendapatkan rawatan di IJN agak tinggi termasuk kos perjalanan,” katanya selepas menziarahi kanak-kanak berkenaan di Kampung Mengkuang Tengah semalam.

Tambah Mohd Nazry, beliau sangat berterima kasih kepada pihak zakat kerana prihatin dan mengambil serius berhubung kes ini.

“Kita harapkan adik Nurul Qaisara sembuh seperti biasa dan dapat membesar dengan baik serta sihat,” katanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *