Home » Langit Terbuka » Puluhan pendatang Yahudi ceroboh pekarangan masjid Al-Aqsa

Puluhan pendatang Yahudi ceroboh pekarangan masjid Al-Aqsa

Pendatang rejim Israel memasuki kawasan sensitif berkenaan dengan perlindungan polis Israel menerusi pintu Gerbang al-Mugharbah - Foto Sinar Harian

ANKARA – Puluhan pendatang Yahudi menceroboh pekarangan Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Anadolu, memetik sebuah agensi Palestin.

“Kira-kira 130 pendatang Yahudi memasuki kawasan itu,” kata Pihak Berkuasa Wakaf – sebuah agensi yang dikendalikan Jordan bagi mengawal selia kawasan suci Islam dan Kristian, menerusi satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, pendatang berkenaan memasuki kawasan sensitif berkenaan dengan perlindungan polis Israel menerusi pintu Gerbang al-Mugharbah.

Kumpulan berhaluan kanan Israel sebelum ini menggesa pencerobohan besar-besaran ke tanah suci itu sempena sambutan Hanukkah, perayaan selama lapan hari bagi memperingati perisytiharan Biara Yahudi kedua di Baitulmaqdis.

Bagi umat Islam, al-Aqsa adalah Tanah Haram yang ketiga suci. Yahudi pula menganggap kawasan terbabit sebagai ‘Temple Mount’, mendakwa kawasan itu adalah lokasi dua biara Yahudi purba.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, yang menempatkan al-Aqsa sewaktu Perang Arab-Israel 1967.

Rejim Israel merampas keseluruhan kawasan Baitulmaqdis itu pada 1980 dan mengisytiharkan sebagai ibu negara kekal dan bersatu negara Yahudi, langkah yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *