Home » Langit Terbuka » Pusat tahfiz perlu daftar dengan DBKL, Jawi sebelum 31 Disember

Pusat tahfiz perlu daftar dengan DBKL, Jawi sebelum 31 Disember

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada pusat-pusat tahfiz yang beroperasi di sekitar ibu negara untuk mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata langkah mewajibkan semua pusat tahfiz didaftarkan adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz berada dalam keadaan baik.

“Laporan sesetengah media yang pusat-pusat tahfiz di Kuala Lumpur tidak berdaftar akan segera ditutup adalah tidak tepat dan salah lapor.

“Dalam usaha pendaftaran ini, Kementerian Wilayah akan bekerjasama dengan Jawi untuk mendaftarkan semua pusat tahfiz ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Khalid berkata, DBKL dengan kerjasama Bomba dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memeriksa keadaan fizikal pusat-pusat tahfiz untuk memenuhi keperluan minimum dari segi keselamatan dan keselesaan, manakala Jawi pula melihat aspek kurikulum dan pembelajaran pelajar.

Katanya, kementerian akan mempertimbangkan sokongan yang sewajarnya bagi membantu pusat-pusat tahfiz yang gagal memenuhi keperluan keselamatan dan keselesaan sebelum didaftarkan bagi kebaikan pelajar.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilaporkan berkata pusat tahfiz di Kepong yang pengetuanya didakwa terbabit dalam kes meliwat sembilan pelajarnya tidak mendapat kelulusan Jawi kerana gagal mengemukakan laporan Bomba dan DBKL – Bernama

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *