Home » Langit Terbuka » Pusat zakat perlu diberi kuasa autonomi

Pusat zakat perlu diberi kuasa autonomi

Wang zakat itu perlu dilindungi dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain oleh orang politik dan pihak yang berkepentingan. Foto Arkib

SEREMBAN: Institusi pusat pungutan zakat perlu diberi kuasa autonomi untuk mentadbir tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak berkepentingan.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, pihak pentadbir zakat di seluruh negara sewajarnya diberi ruang untuk berfungsi dalam bidang tersendiri dengan mengutamakan kepentingan dan keperluan segera asnaf.

“Janganlah pusat zakat itu diletakkan dalam pentadbiran yang ada lebih kuasa dari  pusat zakat itu sendiri.

“Wang zakat itu perlu dilindungi dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain oleh orang politik dan pihak yang berkepentingan,” katanya selepas menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Zakat dan Kemiskinan’ pada Program Muzakarah Kebangsaan 2022 Kali Ke-9 di Nilai di sini hari ini.

Menurut beliau, pusat zakat perlu diberi fungsi yang lebih khusus supaya menjadi sebuah organisasi yang kuat bagi mentadbir wang zakat untuk golongan asnaf, dakwah, perjuangan fisabilillah dan mualaf.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, golongan asnaf tidak sepatutnya terus dimanjakan dengan bantuan kewangan  semata-mata.

Zainal Abidin berkata, sebaliknya sikap dan pemikiran mereka perlu diubah.

“Sekarang ini kita nak ‘ternak’ atau kita nak basmi? Kalau kita ternak, lama  kelamaan mereka akan jadi semakin manja.

“Ia sehinggakan bila YBK mahu mencari orang bekerja mengutip cili pun semuanya tidak mahu kerana mereka kata telah dapat bantuan setiap bulan,”katanya.

Tambah beliau, golongan asnaf perlu dibantu memajukan diri misalnya dengan menceburi bidang tertentu yang dapat membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan.- Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *