Home » Langit Terbuka » Putera William Jumpa Mahmoud, Harap Keamanan Asia Barat Berkekalan

Putera William Jumpa Mahmoud, Harap Keamanan Asia Barat Berkekalan

PUTERA William bersalaman dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di bandar Ramallah, Tebing Barat.

RAMALLAH – Putera William hari ini menyatakan hasrat beliau supaya keamanan di Asia Barat berkekalan semasa mengadakan pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di wilayah Tebing Barat yang dijajah Israel dalam kunjungan rasmi pertama keluarga diraja Britain ke wilayah Palestin.

William, pewaris kedua takhta kerajaan diberikan sambutan permaidani merah ke Muqata, ibu pejabat kerajaan Palestin di sini.

“Saya amat gembira kedua-dua negara bekerja sama rapat secara bersama dan memiliki kisah kejayaan dalam bidang pendidikan dan tugas bantuan pada masa lalu, justeru ia boleh diteruskan dalam tempoh lama.

“Sentimen saya sama seperti anda dengan berharap akan ada perdamaian berkekalan di rantau,” kata William kepada Abbas dalam pertemuan mereka. – REUTERS

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *