Home » Langit Terbuka » Putrajaya jamin tidak akan lulus konsesi tol baru

Putrajaya jamin tidak akan lulus konsesi tol baru

Kajian akan dijalankan untuk menentukan tol mana yang akan dimansuhkan terlebih dahulu, kata Menteri Kerja Raya

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Baru Bian memberi jaminan tidak akan meluluskan pembinaan tol baru di negara ini, ketika kerajaan berusaha menghapuskan plaza tol di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

Katanya, kerajaan tidak boleh menghapuskan semua tol sedia ada secara serentak bagi mengelakkan krisis kewangan kerana kos keseluruhan pengambilalihan lebuh raya bertol dianggarkan RM400 bilion.Katanya lagi , kajian akan dijalankan untuk menentukan tol mana yang akan dimansuhkan terlebih dahulu.

“Kerajaan pada masa ini masih meneliti cadangan penghapusan kutipan tol secara berperingkat kerana ia melibatkan implikasi besar terhadap kewangan negara, dalam masa sama kerajaan perlu menjaga kepentingan semua pihak, termasuk pemegang konsensi, pelabur dan pemberi pinjaman.

“Semua isu berkaitan penghapusan tol, implikasi dan jumlah tol akan dimuktamadkan selepas kementerian berbincang dan mendapat nasihat daripada agensi pusat lain, iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara,” katanya ketika menggulung perbahasan titah Agong di Dewan Rakyat.

 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/02/putrajaya-jamin-tidak-akan-lulus-konsesi-tol-baru/

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *