Home » Langit Terbuka » Qatar sedia untuk dialog

Qatar sedia untuk dialog

DOHA, 23 Julai – Qatar sudah bersedia untuk berdialog bagi menyelesaikan krisis diplomatik dengan kumpulan pimpinan Saudi.

Menyatakan perkara itu, Amir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani bagaimanapun menegaskan, apa-apa penyelesaian krisis harus menghormati kedaulatan negaranya.

“Kami terbuka untuk berdialog untuk menyelesaikan masalah yang luar biasa ini selagi kedaulatan Qatar dihormati,” kata Sheikh Tamim dalam ucapan di televisyen pada Jumaat.

Pada masa sama, beliau menyatakan penghargaan terhadap usaha pengantaraan Kuwait dan sokongan Amerika Syarikat, Turki dan Jerman kerana berusaha menyelesaikan krisis.

Sheikh Tamim turut mengucapkan terima kasih kepada Turki kerana menguatkuasakan perjanjian kerjasama yang ditandatangani antara mereka dengan segera dan memenuhi keperluan dasar negara itu.

Arab Saudi, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu dan Mesir terdahulu telah mengenakan sekatan terhadap Qatar, menuduh ia membiayai kumpulan ekstremis dan bersekongkol dengan Iran, musuh mereka.

Dalam ucapannya, Amir Qatar itu menegaskan bahawa negaranya memerangi keganasan bukan kerana ia mahu mengambil hati orang lain tetapi kerana percaya kepadanya.

“Qatar memerangi keganasan, tanpa henti dan tanpa kompromi, dan terdapat pengiktirafan antarabangsa terhadap peranan Qatar dalam hal ini,” tegasnya – Agensi

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *