Home » Langit Terbuka » Jangan biarkan Islam diratah

Jangan biarkan Islam diratah

KOTA BHARU 23 Julai – Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh umat Islam mengenai akibat buruk daripada perpecahan yang kesannya masih dirasai oleh dunia Islam kini.

Ketika berucap di hadapan 100,000 orang sempena malam kemuncak Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) Kali Keempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi, Abdul Hadi juga memberi peringatan mengenai umat Islam yang sedang dikelilingi musuh-musuh yang meratah dan memamah mereka sebagaimana berlaku di beberapa buah negara pada hari ini.

Katanya, kuasa asing tersebut pastinya akan mula terkesan apabila seluruh umat Islam bersatu dan bangkit sebagaimana yang ditunjukkan penduduk di Baitulmaqdis.

“Kebangkitan umat Islam di Baitulmaqdis ini menjadi tanda kebangkitan umat. Walaupun mereka diratah dan dimamah oleh seluruh pelosok dunia namun kebangkitan Islam akan berlaku,” katanya.

Yang turut hadir, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin; Timbalannya merangkap Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berharap Ijtimak yang berlangsung kali ini dijadikan simbol kebangkitan Islam.

“Islam adalah cahaya Allah yang tidak akan terpadam dan sekiranya Islam dite­gakkan semuanya akan selamat,” katanya.

Sementara itu, Tu­an Ibrahim ketika ber­ucap mengumumkan 20 resolusi yang dicapai sepanjang tiga hari Ijtimak tersebut berlangsung.

Katanya, antara per­kara yang terkandung dalam resolusi tersebut ialah mengecam sekeras-kerasnya tindakan terkutuk yang telah dilakukan oleh rejim Zionis dengan penutupan Masjid al- Aqsa.

Katanya, resolusi lain ialah menangani permasalahan dan isu umat Islam yang ditindas di negara-negara minoriti Muslim dan mewujudkan permuafakatan antara negara minoriti dengan negara majoriti Islam. – www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *