Home » Citra Yadim » Qurban Jama’ie Yadim di Saratok

Qurban Jama’ie Yadim di Saratok

SARATOK – Sebanyak 14 badan bukan kerajaan dan institusi Islam menyertai Majlis Ibadah Qurban Jama’ie Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan NGO Islam Daerah Saratok di Masjid Al-Muhtadin di sini pada 1 Ogos lalu.

Mereka yang terlibat ialah Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok,
Hikmah Bahagian Betong, Urusetia Saudara Kita Saratok, Yayasan Ikhlas, Muslim Volunteer Malaysia,
Sukarelawan Hikmah, Komuniti Bomba dan Rela.

Turut serta ialah Masjid Al-Muhtadin, Surau Cahaya Islam, Surau Muafiqin, Surau Silaturrahim, Urusetia Saudara Kita Nyabor, Urusetia Saudara Kita Sessang dan Urusetia Saudara Kita Kabong.

Di majlis ini, sebanyak 15 ekor lembu telah dikorbankan dan diagihkan.

Antara yang menyumbangkan haiwan berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka, Yang Berhormat Datuk Abdul Wahab Aziz sebanyak lapan ekor dan Timbalan Menteri Tenaga Sumber Asli, merangkap Ahli Parlimen Saratok, Yang Berhormat Ali Biju sebanyak tiga ekor.

YADIM dan Muslim Volunteers Malaysia pula menyumbang sebanyak 3 ekor manakala seekor lagi adalah sumbangan persendirian.

Program ini menyasarkan agihan daging korban kepada asnaf yang terdiri daripada saudara kita dan penduduk setempat. Sebanyak 750 bungkus daging korban telah diagihkan.

Ia dirasmikan oleh Datuk Abdul Wahab yang berharap agar usaha murni YADIM ini diteruskan lagi pada masa akan datang. Beliau juga menyeru kepada umat Islam di Saratok untuk memantapkan akidah Islamiyyah, bersatu padu dan tidak berpecah belah.

Hadir sama ialah Ali Biju dan Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat.

Awang pula berkata, selain daripada menyantuni masyarakat saudara kita dan masyarakat setempat, program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan strategik di antara YADIM dan NGO serta institusi Islam setempat termasuklah masjid dan surau.

Ia juga bermatlamat untuk menggalakkan kerjasama di antara institusi-institusi ini agar setiap program dakwah yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui perkongsian sumber kewangan serta tenaga manusia.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *