Home » Citra Yadim » Sumbangan daging korban untuk 100 penduduk Kampung Baru.

Sumbangan daging korban untuk 100 penduduk Kampung Baru.

KOTA BHARU – Mengambil ibrah dari pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam kehidupan dan misi dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan telah mengadakan program Yadim Peduli : Nahnu Ma’akum, Majlis Korban Dan Sumbangan Daging Korban dan Barangan Keperluan Asas kepada Golongan Asnaf, Fakir Dan Miskin.

Diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Prihatin Malaysia (PKMP),Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPEIM),Yayasan Taqwa, Pejabat Ahli Parlimen Kota Bharu dan Gerakan Elite Bersatu Malaysia (GRE1M),ia berlangsung  pada 1 Ogos di Masjid Haji Nik Hussin, Kampung Baru Jalan Kuala Krai melibatkan 100 orang penerima agihan daging korban.

YaPEIM telah bermurah hati menyumbang seekor lembu manakala seekor lagi disumbangkan pejabat Ahli Parlimen Kota Bharu dan GRE1M.

Selain daging korban, asnaf yang hadir  juga menerima barangan keperluan asas daripada YADIM.

Sumbangan kepada penerima disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Abdul Halim.

Hadir sama ialah Penyelaras program, Penolong Pengarah YADIM Kelantan Yusnita Muhamed Yusoff, Pengerusi PKMPK, Zainudin Mat Jusoh,wakil YaPEIM dan pemimpin masyarakat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *