Home » Citra Yadim » Ramah mesra bersama guru guru pondok Kelantan

Ramah mesra bersama guru guru pondok Kelantan

SEBAGAI Sebuah badan dakwah, institusi pondok mempunyai hubungan istimewa dengan YADIM.

Dalam lawatan kerja di Kelantan ketika ini, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin mengambil kesempatan bertemu dengan Mudir Pondok Al Islahian Jelawat, Bachok, Baba Zulkarnain Bin Harun pada 25 Jun.

Mereka duduk berbincang panjang mengenai pelbagai isu seperti pendidikan, gerak kerja dakwah dan isu semasa, yang turut disertai oleh beberapa lagi guru guru pondok seluruh Kelantan.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang.

Turut disentuh ialah hasrat untuk mengadakan ijtimak ulama pondok dalam masa terdekat dengan Kelantan menjadi tuan rumah.

Untuk makluman, YADIM pernah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan institusi pengajian tinggi bagi kerjasama dalam bidang penerbitan, media, kepimpinan mahasiswa, sukarelawan dan sebagainya yang juga melibatkan institusi pondok.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *