Program motivasi SK Kubang Telaga

HANYA Menerusi pendidikan kita mampu menjamin masa depan anak anak. Justeru pada 7 Ogos, dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Telaga Bachok, YADIM Kelantan telah menganjurkan program motivasi untuk pelajar sekolah tersebut. Ia bertujuan memberikan bimbingan kepada para pelajar untuk lebih cemerlang dalam pelajaran disamping menghormati dan menyayangi ibu bapa serta guru. Diadakan di Dewan […]

YADIM Interaktif : Masih Ada Yang Sayang

BACHOK – Tidak melupakan klien Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), YADIM Kelantan terus menyantuni mereka menerusi pelbagai pendekatan. Siri terbaharu menyantuni golongan ini diadakan pada 31 Julai di Bachok. Istimewa kali ini, menerusi program YADIM Interaktif : Masih Ada Yang Sayang, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus juga turut hadir bersama. Pantai Irama Bachok […]

Bertemu Mudir Pondok Al Islahiah, Jelawat, Bachok, Baba Zulkarnain Harun

SEBAGAI Sebuah badan dakwah, institusi pondok mempunyai hubungan istimewa dengan YADIM. Dalam lawatan kerja di Kelantan ketika ini, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin mengambil kesempatan bertemu dengan Mudir Pondok Al Islahiah, Jelawat, Bachok, Baba Zulkarnain Harun pada 25 Jun. Mereka duduk berbincang panjang mengenai pelbagai isu seperti pendidikan, gerak kerja dakwah dan […]

Ramah mesra bersama guru guru pondok Kelantan

SEBAGAI Sebuah badan dakwah, institusi pondok mempunyai hubungan istimewa dengan YADIM. Dalam lawatan kerja di Kelantan ketika ini, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin mengambil kesempatan bertemu dengan Mudir Pondok Al Islahian Jelawat, Bachok, Baba Zulkarnain Bin Harun pada 25 Jun. Mereka duduk berbincang panjang mengenai pelbagai isu seperti pendidikan, gerak kerja dakwah […]

YADIM Kelantan santuni anggota keluarga SAY

BERAT Mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Terlantar dan tidak dapat menguruskan diri, Mohd Nazrul 34 tahun dari Bachok, Kelantan kini hanya mengharapkan isteri yang tidak bekerja untuk menguruskan dirinya serta keluarga. Beliau yang menyara pendapatan dengan memanjat pokok kelapa telah terjatuh ketika memetik buah kelapa muda tiga hari sebelum Aidilfitri lalu. Beliau dan […]

YADIM Kader Dakwah : Rakan Remaja YADIM SMK Beris Panchor (2)

BACHOK – Inisiatif Dakwah yang berkesan seharusnya dijalankan secara berterusan, bukannya sekadar Touch & Go semata mata. Inilah yang dilakukan YADIM Kelantan menerusi program YADIM Kader Dakwah : Rakan Remaja YADIM pada 17 November. Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor (2), di sini seramai 45 pelajar yang merupakan bekas peserta program Transformasi Orang Muda […]

YADIM perkukuh kefahaman akidah golongan muda

BACHOK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan akan memperluaskan pendedahan bagi memperkukuhkan kefahaman akidah serta memupuk kekuatan jati diri golongan muda. Pengarahnya Mahadi Awang berkata, program berkenaan membabitkan pelajar seawal usia sembilan tahun. Katanya inisiatif tersebut melibatkan Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL), Program Remaja Soleh Solehah (RES2) dan Transformasi Orang Muda (TOM). “Yadim menawarkan […]

YADIM Kader Dakwah : Transformasi Orang Muda

BACHOK- Program ikonik pembangunan jati diri remaja, Transformasi Orang Muda (TOM) kembali dilaksanakan YADIM Kelantan. Kali ini pada 2 hingga 4 Julai dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 2 di Sri Pantai Beach Resort, Melawi di sini. Seramai 80 peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 4 menyertai TOM kali ini. Antara objektif TOM […]

Sumbangan untuk warga SK Kolam

BACHOK – YADIM Kelantan bekerjasama dengan pelbagai pihak sebagai antara inisiatif menyantuni mereka yang memerlukan di negeri ini. Terbaharu pada 11 April, mereka bekerjasama dengan rakan badan bukan kerajaan, Dhomir.com menyantuni pelajar Sekolah Kebangsaan Kolam di sini. Seramai 60 pelajar menerima sumbangan zakat (beras dan wang tunai RM50) yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif badan […]

Penyerahan limau untuk komuniti Tiong Hua Bachok.

BACHOK – Usaha menyantuni komuniti Cina di negeri ini dilaksanakan dengan konsisten oleh YADIM Kelantan. Terbaharu menjelang Tahun Baru Cina tidak lama lagi, YADIM Kelantan telah menyantuni 20 keluarga Tiong Hua di sini. Majlis ini turut dihadiri oleh Jawatankuasa Induk Sukarelawan YADIM (SAY) Kelantan,  Monaliza Ramli, Ketua Daerah SAY Pasir Puteh, Cikgu Rodin Jaya, Ketua […]