Home » Citra Yadim » Ramah Mesra dan Musa’adah YADIM Bersama Persatuan Muallaf India Malaysia

Ramah Mesra dan Musa’adah YADIM Bersama Persatuan Muallaf India Malaysia

JOHOR BAHRU – Alhamdulillah, kami kini menambah rakan kerjasama untuk program dakwah kami.

Pada 19 Disember telah diadakan pertemuan pertama antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Malaysia India Reverted Association (MIRA) di sini.

Beberapa perbincangan diadakan untuk program pada masa akan datang.

Antara yang telah diatur ialah Kelas Pemantapan Akidah dalam Bahasa Tamil.

YADIM juga akan membantu dari sudut kebajikan untuk ahli ahli MIRA.

Dalam pertemuan hari ini YADIM juga menyampaikan sumbangan tunai dan barang keperluan kepada 25 orang saudara baru daripada ahli MIRA.

Hadir dalam pertemuan ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM
Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Ketua Perhubungan MIRA Johor, Tuan Haji Shafik Vijaya Abdullah dan Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *