Home » Langit Terbuka » Rasuah: 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta dibekukan

Rasuah: 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta dibekukan

Foto : themalaysiantimes

 

ALOR SETAR 30 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta hari ini susulan penahanan tiga individu termasuk Pengarah  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersama dua pemilik syarikat kontraktor semalam.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, akaun-akaun bank itu merupakan milik kepada pengarah berkenaan, anak-anaknya serta seorang daripada pemilik syarikat tersebut.

“Kemungkinan ada lagi tangkapan dilakukan berhubung kes ini bagaimanapun SPRM masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah Lembaga Kemajuan Pertanian Persekutuan (Fama) Kedah di sini hari ini.

Semalam SPRM  dilaporkan menahan pengarah berumur 60 tahun itu bersama pemilik dua syarikat kontraktor berumur 39 dan 50 tahun  di pejabat SPRM negeri.

SPRM turut menyita akaun bank RM2.9 juta dan merampas wang tunai berjumlah hampir RM900,000 di rumah seorang pemilik syarikat yang ditahan itu.

Pengarah terbabit disyaki menerima wang rasuah 10 peratus bagi setiap projek yang dianugerahkan JPS di sebuah negeri kepada kontraktor-kontraktor dilantik sejak 2014 hingga 2017.

Dua individu yang merupakan pemilik syarikat itu, dipercayai bersubahat dengan pengarah tersebut.

Ketiga-tiga individu berkenaan, direman selama seminggu bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – Bernama

Artikel Berkaitan

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *