‘Gi Mekoh Nga Mutor’

KOTA BHARU 30 Jan. – Tiga peminat sukan motosikal termasuk mekanik berusia 64 tahun mahu mencipta sejarah menjadi penduduk Kelantan pertama sampai ke Mekah dengan hanya menunggang motosikal kapcai. Ketiga-tiga lelaki berkenaan akan menunggang motosikal di bawah 150 cc melalui perjalanan sejauh 14,000 kilometer merentasi tujuh buah negara bagi menunaikan ibadat umrah. Menurut ketua kumpulan, […]

Wanita tipu pakej pelancongan Aziz M. Osman mengaku tidak bersalah

PETALING JAYA 30 Jan. – Seorang wanita yang dikaitkan dengan dakwaan menipu pelakon, Den Wahab dan pengarah filem, Aziz M. Osman berhubung pakej pelancongan ke Korea Selatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang lebih RM27,000, hujung tahun lalu. Nor Farah Farhan Abdul Fattah , 36, bagaimanapun mengaku tidak […]

Kak Ton kena cekup

KUANTAN 30 Jan. – Seorang wanita ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, hari ini, dipercayai dalang kes penipuan pakej umrah membabitkan 16 mangsa dengan kerugian berjumlah RM117,500 tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek berusia 48 tahun ditahan 11.35 pagi selepas memberikan keterangan di Bahagian […]

Rasuah: 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta dibekukan

  ALOR SETAR 30 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta hari ini susulan penahanan tiga individu termasuk Pengarah  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersama dua pemilik syarikat kontraktor semalam. Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, akaun-akaun bank itu merupakan milik kepada pengarah berkenaan, anak-anaknya serta […]

Keputusan Mahkamah Persekutuan tak selaras semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR 30 Jan.  – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengingatkan kepada pihak tertentu, sebarang kehendak dan penafsiran perlembagaan sewajarnya berpaksikan serta membawa semangat Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Malaysia. Naib Presidennya, Hassan Basri Muhammad berkata, pertubuhan Melayu itu juga memandang berat keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, yang dilihat ‘janggal’,  tanpa […]

MAPIM beri perhatian serius keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendapati keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung penukaran tiga anak guru tadika, M Indira Ghandi adalah bercanggah dengan pandangan jumhur ulama. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, keputusan itu sekali gus akan mengenepikan pendapat jumhur ulama dalam kes akan datang. “Soalnya apakah pandangan jumhur ulama yang […]

Tragedi tahfiz: Dua remaja mengaku tidak bersalah membunuh

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Dua remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, September tahun lalu. Dua remaja itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua 23 pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah. Mengikut pertuduhan, mereka yang kini berusia 17 […]

Bank Islam naikkan kadar asas kepada 3.90 peratus

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menyemak semula Kadar Asasnya daripada 3.65 peratus kepada 3.90 peratus dan Kadar Pembiayaan Asas daripada 6.60 peratus kepada 6.85 peratus, berkuat kuasa hari ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata semakan semula kadar itu adalah disebabkan oleh kenaikan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus […]

Saya kagumi pelarian Syria: Angelina Jolie

  AMMAN 30 Jan. – Bintang terkenal Hollywood, Angelina Jolie meluangkan masa bertemu dengan pelarian Syria di kem Zaatari di Jordan, kelmarin. Duta Khas Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian yang mengikuti program komuniti PBB itu dalam satu kenyataan menggesa penyelesaian politik kepada perang saudara di Syria selepas beliau melihat bantuan kemanusiaan bukan penyelesaian jangka panjang. […]

Parodi budaya tidak sihat

SEJAK kebelakangan ini, rakyat Malaysia sering kali ‘dihidangkan’ dengan pelbagai video parodi di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan umum. Video lelaki berpakaian wanita dengan aksi menghairahkan, melakukan tutorial solekan, meniru gaya selebriti tertentu dan meniru dialog kontroversi adalah antara yang menarik perhatian ramai sehingga menjadi tular. Ia seolah-olah menjadi fenomena dalam kalangan anak muda apabila […]