Home » Langit Terbuka » Rejim el-Sisi halang pemimpin terkenal jadi calon Pilihan Raya Presiden 2018

Rejim el-Sisi halang pemimpin terkenal jadi calon Pilihan Raya Presiden 2018

Pendakwa Raya Mesir keluar arahan penangkapan terhadap Abdel Moneim kerana dituduh berhubung dengan Ikhwanul Muslimin.

KAHERAH, 15 Feb – Rejim Abdel Fatah el-Sisi mengarahkan bekas calon Presiden Mesir, Abdel Moneim Aboul-Fotouh, ditahan atas tuduhan mengadakan hubungan dengan Ikhwanul Muslimin.

Abdel Moneim adalah antara individu terkenal yang menggesa Pilihan Raya Presiden Mesir 2018 yang dijadual diadakan bulan depan, diboikot.

Ketika Pilihan Raya Presiden Mesir yang pertama kali diadakan secara demokrasi selepas pemberontakan pada 2011, beliau antara calon popular yang mendapat kira-kira 18 peratus undian pada pusingan pertama.

Stesen televisyen tempatan melaporkan, arahan penangkapan itu dibuat oleh Pendakwa Raya Mesir atas tuduhan beliau mengadakan hubungan dengan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan oleh rejim el-Sisi selepas tentera merampas kuasa daripada Presiden yang dipilih secara demokrasi, Mohamed Morsi.

Abdel Moneim yang mengetuai Strong Egypt Party, meninggalkan Ikhwanul Muslimin pada 2011 untuk menjadi calon bebas pilihan raya presiden dan menjauhkan diri daripada pergerakan itu.

Pada Januari tahun lalu, Abdel Moneim mengecam polisi kerajaan rejim Mesir dan menggesa el-Sisi meletak jawatan.

Timbalannya, Mohamed al-Qassas ditangkap minggu lalu sementara siasatan terus dijalankan terhadapnya.

Strong Egypt Party mengutuk dan mengkritik penangkapan itu yang disifatkan sebagai tindakan terancang rejim el-Sisi mematahkan penentangan terhadapnya dengan menyasarkan pemimpin politik pembangkang. – Agensi

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *