Home » Langit Terbuka » Zionis guna tekanan diplomatik

Zionis guna tekanan diplomatik

David Roet.

SHAH ALAM 15 Feb.  – Diplomat Israel, David Roet mendakwa penyertaan delegasi negara itu ke World Urban Forum (WUF) ke- 9 anjuran Program Petempatan Manusia PBB (UN-Habitat) di Kuala Lumpur mendapat kebenaran Malaysia.

Roet dipetik oleh laman web The Jerusalem Post berkata, kebenaran itu diperoleh selepas Israel guna tekanan diplomatik sehingga ke pejabat Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Katanya, delegasi Israel ke PBB berjuang dalam isu petempatan manusia dan Malaysia sebagai tuan rumah perlu bertanggungjawab benarkan kehadiran peserta dari seluruh dunia ke WUF.

Roet berkata, beliau adakan pertemuan dengan pegawai tinggi di Malaysia, namun tiada perbincangan hubungan Israel dengan negara ini.

“Israel tidak melihat Malaysia musuh atau negara bermusuhan dan tiada sebab kedua-duanya tiada hubungan,” katanya.- SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *